PBAKL 2013 membuka tirai bermula 26 l April sehingga 5 Mei 2013. Tahun ini saya dapat merealisasikan hasrat membawa anak-anak didik istimewa ke pesta buku besar seperti ini bagi memberi pengalaman dan menimba ilmu pengetahuan.
Kami berkunjung pada hari pertama dan menjadi antara orang terawal memasuki pesta buku. Sengaja saya pergi pada hari pertama (walaupun hari.Jumaat) kerana kebiasaannya tidak begitu sesak.
Selain melihat pameran buku adik-adik berpeluang menyertai permainan yang dianjurkan oleh booth tertentu. Misalnya di Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Selepas menjawab kuiz mereka diberi sebuah buku percuma.
Tahun ini saya hanya membeli beberapa buah buku untuk bacaan sendiri. Peluang bertemu Jerry D. Gray tidak dilepaskan. Kebetulan saya membeli 3 set buku beliau dan meminta jasa baik beliau menandatangani buku-buku tersebut :) Ternyata beliau sangat ramah dan banyak unsur kecindan.
Sabtu, 27 April 2013
Selasa, 19 Mac 2013
Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman
Aturan kehidupan kita sangat menarik sebenarnya. Ada ketikanya kita gembira, ada ketikanya kita dilanda duka, di waktu lainnya kita diuji, tidak kurang juga terselit kisah kejayaan. Itulah yang dinamakan warna-warni kehidupan. Begitu jugalah cara Allah ingin mendidik kita. Sama ada kita mahu berfikir dan menerimanya atau tidak perasan langsung akan hikmah disebaliknya.
Buku ini mengisahkan kisah benar yang dialami oleh penulis sendiri. Pertama kali menatap novel grafik ini membuatkan saya sedikit teruja. Penggunaan kertas glossy dan blurb cerita yang mewujudkan rasa ingin tahu sangat membuak-buak.
Latar belakang cerita mengambil tempat di luar negara, tempat penulis menyambung pengajian dalam ijazah kedoktoran. Dapat difahami penulis seorang yang pendiam dan mungkin juga pemalu. Awalnya, buku ini berkisar pengajian beliau yang banyak menghabiskan masa di makmal membuat eksperimen. Namun keadaan ini mengalami sedikit perubahan apabila beliau mula rapat dengan seorang junior perempuan yang mengambil kursus perubatan di situ.
Perkenalan biasa tanpa disedari memupuk perasaan lain dalam diri penulis. Ya, siapa yang tidak tertarik dengan gadis yang lembut, cantik dan periang. Namun silapnya apabila tidak berterus-terang, hubungan itu hanya pada 'anggapan' sahaja.
Sungguh berat perasaan yang dialami oleh penulis di saat mengetahui kenyataan sebenar. Besar juga dugaan yang dilalui. Pada masa yang sama eksperimen yang dijalankan belum berjaya sedangkan masa sudah semakin suntuk.
Saya puji kesungguhan beliau bangkit dari 'kegagalan' itu walaupun mengambil masa berbulan-bulan namun ianya berbaloi apabila beliau mampu menghabiskan pengajian dengan cemerlang. Masya Allah.
Mahu tahu kesudahan cerita? Saya pun tidak tahu :) Semoga penulis bertemu bahagia. (Saya tertanya-tanya andainya buku ini sampai ke tangan si gadis, adakah dia dapat.mengenal pasti kisah ini mengenai dirinya?)
Wallahualam.

Sabtu, 2 Mac 2013
kosong..
Minat membaca juga ada pasang surutnya. Hai..kekangan kerja yang menghimpit membuatkan masa untuk membaca jadi tiada. Huhu...banyak buku yang setia menunggu tuannya untuk dibaca. Hehe...
Terbaru saya telah menerima senaskah novel grafik dari seorang penulis. Bersaiz agak besar, kulit depan memaparkan seorang lelaki memakai topi dan berambut panjang berlatarkan cover putih dan bunga-bungaan.
Sekilas melihat tajuk dan blurb buku..saya terfikirkan beberapa bayangan mengenai isi buku. Tunggu reviunya, insya Allah :)

Rabu, 13 Februari 2013
Tekad ~ Rejab F.I
![]() | |
| Sumber gambar : http://pts.com.my/buku/tekad/ |
Tarikh baca : 13 Februari 2013
Terinspirasi dari kata-kata guru mereka, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" membuka langkah bagi Dali dan Siraj dalam memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka.
Bagi mengisi cuti sekolah hujung tahun selama 7 minggu, dua sahabat baik ini merangka strategi untuk berniaga telur ayam. Satu perancangan yang teliti meskipun nampak mudah.
Bermula dengan pencarian modal (daripada kedua ibu bapa mereka), bertanyakan harga di kedai ang hanya membeli dan menjual telur di bandar, dan memulakan perancangan membeli telur di kampung-kampung berdekatan.
Semangat mereka tinggi bagi berniaga kerana matlamat mereka antara lain ingin menceburkan diri dalam bidang yang dimonopoli oleh bangsa Cina dan menggalakkan orang Melayu untuk berniaga.
Adat berniaga, sudah pasti ada halangan dan cabarannya. Tidak disangka, peniaga kecil seperti mereka ini pun ada orang mahu membuat dengki. Ada pemborong telur lain yang menggunakan taktik kotor menyekat hasrat murni dua sahabat ini. Namun, masih ada yang sudi membela dan memberi sokongan kepada mereka. Inilah semangat yang kita mahu. Saling tolong-menolong dan menyokong antara satu sama lain.
Paling penting semangat kerjasama yang ditunjukkan dan fikiran positif sangat membantu.
Cerita yang sangat bagus dibaca oleh anak-anak kita. Rupanya buku ini merupakan pengalaman penulis sendiri satu masa dahulu :)
* Gambar buku yang saya ada lain daripada gambar yang ada di PTS. Mungkin gambar buku telah dikemaskini dengan lukisan baru.
Jumaat, 8 Februari 2013
10 Tokoh Idola Muslimah ~
![]() |
| Sumber gambar : PTS |
Tamat baca : 5 Februari 2013
Memaparkan perjalanan hidup dan kisah yang boleh diambil iktibar daripada 10 orang muslimah terulung yang tercatat dalam sirah. Bonda Rasulullah, Aminah, Saidatina Khadijah, Aisyah, Siti Hajar, Siti Sarah, Fatimah Az-Zahra, Siti Zulaikha, Asma' bt Abu Bakar, Asiah isteri Firaun dan Siti Rahmah.
Setiap tokoh diberitakan kisah hidup diikuti dengan ulasan ringkas penulis dan seterusnya tazkirah ringkas berkisar kehidupan semasa, mengupas isu-isu tertentu dan nasihat bagi ingatan bersama.
Rabu, 6 Februari 2013
Bacaan Januari 2013
Selasa, 5 Februari 2013
GTO Guru Terhebat Olan ~ AD Mirzai
![]() |
| Sumber gambar : PTS |
Penulis : AD Mirzai
Penerbit : PTS
Bil muka surat : 400
Sumber : Popular Jusco Bandaraya Melaka
Harga : RM17.90
Tarikh baca : 2-5 Februari 2013
Sekilas melihat tajuk, teringat kepada satu siri drama Jepun satu ketika dahulu yang bertajuk Great Teacher Onizuka. Saya sudah lupa jalan ceritanya. Yang pasti waktu itu filem / drama Jepun memang sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Sempat jugalah jadi penonton tegar. Huhu...Astaghfirullah....
Sememangnya ceritanya sangat 'klise' dengan kehidupan remaja sekolah tetapi garapan penulis sangat menarik perhatian saya. Kurang sedikt tekanan yang dialami di tempat kerja :) Kadang-kala tersenyum sendiri, kadang-kala termangu-mangu juga :)
Cikgu Olan bin Ngadiman baru sahaja ditukarkan ke Kolej Bistara dari pedalaman Sabah. Sekolah berasrama penuh ini menempatkan kelas projek yang mana para eplajarnya di ambil dari keputusan yang kurang cemerlang dalam PMR yang lalu. Kelas projek ditubuhkan oleh kementerian pelajaran bagi menangkis tanggapan umum bahawa prestasi cemerlang mereka adalah disebabkan pemilihan para pelajar.
Sejak dari mula Cikgu Olan sudah dimomokkan dengan kenakakan kelas tersebut sehingga menyebabkan semua guru trauma untuk mengajar kelas ini. Ditambah pula dengan kes berpindahnya Cikgu Razak sebelum ini secara tiba-tiba. Tidak kurang juga ada yang membenci pelajar-pelajar kelas tersebut.
Latar belakang pelajar 4 Jaya (kelas projek) ini pelbagai. Hari pertama sahaja Cikgu Olan sudah dikenakan oleh mereka. Bermulalah misi Cikgu Olan dalam mengatur strategi supaya anak didiknya ini berubah.
Yang paling saya kagum ialah kesungguhan Cikgu Olan menyerahkan harapan dan permintaannya kepada Allah lewat munajat malamnya setiap hari. Saya kira inilah kekuatan Cikgu Olan dalam mengubah pelajarnya.
Banyak sindiran halus dan kata-kata sinis menyentuh aspek sosial, politik dan kepimpinan, pendidikan yang menjadi isu semasa di negara kita serta kalimah-kalimah tazkirah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui watak-watak pelajar Cikgu Olan :)
Langgan:
Catatan (Atom)