Sabtu, 19 November 2016

Rantau 1 Muara oleh A. Fuadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama sejak membaca karya A. Fuadi bertajuk Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna. Filem Negeri 5 Menara tidak pernah dapat saya tonton secara lengkap. Asyik terlepas sahaja. Haha..

Tahun ini tergerak hati membeli karya beliau. Ada masa saya berubah angin untuk membaca novel. Akhir-akhir ini lebih cenderung membaca buku bukan fiksyen. Faktor usia agaknya ;) Buku ini edisi bahasa Indonesia. Syukurlah, bahasanya mudah difahami berbanding Totto-Chan 😁

Memulakan bacaan Rantau 1 Muara pada minggu kedua berpantang. 

Mengikuti perjalanan hidup A. Fuadi sepulangnya dari Australia, rancak menulis untuk kolum di akhbar, kemudian ekonomi gawat melanda Indonesia menyebabkan dia menganggur sementara, berusaha keras mencari kerja dan akhirnya diterima sebagai tim redaksi Derap, sebuah penerbitan yang telus dan berpihak kepada kebenaran.

Cara penulisannya memang mengesankan. Saya merasakan turun naik dalam kehidupannya, rasa susah, penat lelah menjadi wartawan, memburu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, susah senang belajar di Amerika Syarikat, debar hatinya meminang suri hati sehinggalah kepada kehilangan sahabat tersayang dalam kejadian 11 September.

Beliau dan isteri menjadi informer langsung kepada Derap sepanjang berada di AS. Malah, kejadian 11 September itu dapat dilaporkan sebaiknya.

Saya mempelajari semangat juang beliau dalam melakukan apa-apa pekerjaan. Beliau akan buat sehabis baik dan berusaha mempertingkatkan diri. Sungguh, mantap keluaran Pondok Madani ini. Kagum. Masya Allah.

Antara yang terkesan dari novel ini ialah :


Buku 74 / 2016

* Selepas ini mahu cari karya Andrea Hirata. Sudah banyak karyanya yang saya terlepas. Terakhir baca ialah Sebelas Patriot. Entah berapa tahun sudah 😏

Tiada ulasan:

Catat Komen