Isnin, 16 Mac 2015

RakBuku2015 (8) Creating Room To Read

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya beli di Big Bad Wolf Disember lepas. Tertarik dengan tajuknya. Ketika membacanya baru saya teringat, John Wood (penulisnya ini) ialah orang yang sama menulis buku Leaving Microsoft to Change The World.

Creating Rrom to Read memang benar-benar menepati cita-cita beliau membina perpustakaan untuk anak-anak di negara yang sangat daif dan amat rendah tahap pendidikan.

Beliau seorang yang komited, konsisten, bersemangat, bercita-cita tinggi dan sangat menyukai apa yang dilakukan.

Beliau menceritakan detik permulaan tercetusnya idea membina sebuah NGO berasaskan pendidikan sebagai teras utama. Catatannya disulami dengan kisah anak-anak perempuan yang ditaja oleh mereka.

Ya, sangat memberi inspirasi! Harapan anak-anak perempuan ini terpancar melalui sinar mata dan tindakan mereka belajar bersungguh-sungguh dan sangat menyukai perpustakaan mereka. Pembaca dapat membayangkan lewat catatan-catatan penulis ini.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ada sahaja halangan yang ditempuhi. Wang. Memang membuat ramai manusia hilang kewarasan akal. Kehilangan dana, ditipu dan sebagainya tidak sesekali mematahkan semangat. Room to Read tetap meneruskan misi mereka!

Membaca kisah seperti ini dapat menaikkan semangat dan memberi inspirasi dalam memberi kepada orang lain sebagai manfaat bersama :)

Tiada ulasan:

Catat Komen