Sabtu, 7 Februari 2015

RakBuku2015 (6) Magic At The Bed And Biscuit


Bismillahirrahmanirrahim.

Kehidupan aman damai di Bed & Biscuit terganggu dengan kehadiran Malicia, si ayam kecil yang mempunyai kuasa 'magic'.
.
Tambah bermasalah apabila dia menggunakan kuasanya sesuka hati ke atas haiwan yang tidak disukainya.
.
Satu perkara tentangnya ialah dia akan muncul sekelip mata apabila namanya disebut. Oh, agak menakutkan 😅
.
Akhirnya haiwan di situ berpakat memberi pengajaran kepada Malicia dan menunjukkan perangai buruknya itu di hadapan tuan punya Bed & Biscuit.
.
Pengajarannya saya dapati :
1. Buat baik dan sesuaikan diri apabila berada di tempat baru.
2. Menggunakan kuasa hanya apabila kena pada tempatnya.
3. Jangan menzalimi orang lain , kelak kita akan mendapat balasannya.
4. Sifat bekerjasama harus ada dalam sepasukan.
5. Kasih sayang antara keluarga dan rakan-rakan yang wujud menjadikan kehidupan lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Komen