Selasa, 22 November 2011

Senyum Kota Suriah


Sumber gambar : blog penulis

Perjalanan Adibah dan keluarga di bumi Syria membawa kita 'mengenali' keindahan tempat di sana dan dibawa 'mengembara' ke tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah Pekan Nawa dan Kota Bosra dan Bandar Homs. Di Pekan Nawa bersemadinya Imam Nawawi dan dikatakan sebatang pokok yang tumbuh di situ telah ada sejak kurun ke-700 dan terdapat kalimah ALLAH pada pokok tersebut. Subhanallah.


Masjid Khalid al-Walid. Ada disebut di dalam buku ini jika saya tidak silap.
Sumber : http://www.kacmac.com/cities/homs/photos/

(Sewaktu google saya tidak banyak menjumpai gambar mengenai tempat-tempat yang disebutkan dalam buku ini. Saya lebih banyak jumpa gambar orang berdemonstrasi :])

Adibah dan adik kembarnya, Iman bersekolah di Ibtida'ie Thoriq Ibn Ziyad sepanjang 9 bulan berada di sana sementara ayah dan ibu menyambung pengajian di situ. Rupanya antara soalan popular orang Syria kepada pelancong luar ialah "Yang mana lebih cantik, Malaysia atau Syria?", mujur ayah mereka sudah menyiapkan teks untuk dihafal, "Pada pendapat saya, Malaysia ialah sebuah negara yang cantik sama seperti Syria". Ok, ini 'seni' orang yang merantau. Patut tahu cara terbaik untuk mengucapkan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan penduduk tempatan.

Ada sedikit konflik apabila Iman hilang sewaktu mereka menziarahi Bandar Homs. Aduh, memang sangat merunsingkan hati ayah dan ibu mereka. Bayangkan dengan masalah bahasa Arab yang tidak fasih ditambah dengan musim dingin waktu itu hati siapa yang tidak risau?. Namun itu pengajaran buat Iman yang selalu tidak mendengar kata ibu dan ayah.

Buku ini sangat sesuai untuk anak-anak. Saya syorkan kepada ibu bapa dan guru untuk membeli buku ini :) Secara tidak langsung kita boleh mengenali Syria dari sudut sejarahnya. Walaupun saya rasa penulis boleh ceritakan lebih lanjut mengenai tempat-tempat di Damsyik ini.

"Book is a discount ticket to everywhere!".

Tiada ulasan:

Catat Komen