Ahad, 21 November 2010

Putera Fariri dan Resipi Ajaib


Judul buku : Putera Fariri dan Resipi Ajaib

Penulis : Aliff Danial

Penerbit : PTS One

Harga : RM21.50

Sumber : Kedai Salleh Mohamad, Melaka


Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun sebenarnya. Namun disebabkan tertarik dengan 'promosi' Sifu PTS mengenai buku ini, saya beli juga buku ini :)


"Orang yang ada cita-cita tidak boleh mengeluh". Saya membaca ayat ini berulang-ulang kali. Hm.. benar juga :)


Putera Fariri berusaha menjadi chef terbaik. Maka dengan nasihat bondanya ini Putera Fariri melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan terbaik. Walaupun banyak cabarannya sebelum berjaya menjadi chef, namun dia tidak putus asa.


Saya tersenyum melihat Putera Fariri belajar membuat nasi lemak, kuih onde-onde @ gula melaka, nasi kerabu dan cek mek molek daripada buku ajaib. Buat perut saya lapar sahaja tiba-tiba. Tapi waktu berpantang ni, tidaklah semua makanan boleh dimakan :D


Moral cerita ini ialah perlu ada sifat menyayangi haiwan dan manusia, sentiasa senyum, berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Komen