Khamis, 10 September 2009

I LOVE YOU TOO!

Penulis : Hj Badrul Hisham Shari
Penerbit : GALERI ILMU SDN BHD
Harga : RM 19.00
Beli di : MPH Mahkota Parade, Melaka
Bilangan muka surat : 200
Dibaca pada : 9 September 2009
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buku motivasi kekeluargaan dan perkahwinan yang saya kira hampir mencakupi semua aspek dalam sesebuah keluarga. Bermula dari mencari jodoh sehinggalah kepada hal anak-anak, ibu dan ayah, rezeki yang berkat semasa bekerja, dan satu perkara yang menjadi "fear factor" kebanyakan orang kita iaitu malu nak menyebut "SAYANG" atau "I LOVE YOU" dengan pasangan masing-masing (suami / isteri). Agak-agaknya kenapa ya?

Sepatutnya perasaan sayang tu eloklah disebut-sebut selalu. Kalau kita sayang . . . kita tunjukkanlah. Luahkan perasaan tu. Simpan lama-lama nak buat apa? Tak ada untung pun.
(muka surat 152 - Bab Nak Sebut Sayang pun Malu)

Teringat satu iklan di TV sedikit masa dahulu
"Kalau sayang kena cakap hari-hari!" ;)
Tak salah kan sebut sayang dengan ibu, ayah, keluarga. Hatta nak tunjuk sayang dengan Junjungan Besar Nabi SAW juga kita digalakkan berselawat. Nah, lihat. Nabi sendiri banyak tauladan yang ditunjukkan buat kita jika kita telusuri kembali sirah Nabawiyah (",)

Buku ini sesuai untuk bacaan semua. Tak kiralah yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin. Tak rugi jika membacanya. Banyak teguran dan ilmu yang disampaikan dalam bentuk santai, sketsa, secara langsung mahupun tersembunyi. Ada juga yang terkena batang hidung :) Tapi saya suka, muhasabah kembali apa yang diperkatakan.

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Wallahualam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya sedang order buku ni, hehe.. best tak? x sabar nak baca, huhu~

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Balqis@ Barukisu :).

    Buku ni memang menarik. Banyak juga ilmu yang akak dapat. Wah, buku ni nanti akan ke Ukraine lah ya?

    BalasPadam