Judul buku : Life Is An Open Secret - Ramadan Special
Penulis : Zabrina A. Bakar
Penerbit : Wise Words Publishing
Bilangan muka surat : 183
Harga : RM 24
Beli di : MPH Mahkota Parade, Melaka
Tarikh baca : 1-7 September 2009
Penulis : Zabrina A. Bakar
Penerbit : Wise Words Publishing
Bilangan muka surat : 183
Harga : RM 24
Beli di : MPH Mahkota Parade, Melaka
Tarikh baca : 1-7 September 2009
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semasa membaca buku ini, saya terhenti di bahagian "Secret Seven : Words Allah Loves Most". Mengapa saya terhenti? Artikel di bahagian ini membuatkan saya muhasabah diri semula apa yang telah saya lalui sepanjang bulan yang mulia ini. Hari ini telah masuk hari ke-19 Ramadan dan malam ini akan masuk malam ke-20. Begitu cepat masa berlalu!.
Ini bermakna saya telah melalui 1641600 saat (19 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat) yang sangat bernilai! Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh penulis :
Apa yang telah saya lakukan sepanjang tempoh ini untuk mendapat kasih sayang-Nya?
Apakah yang telah saya buat untuk merapatkan diri kepada-Nya?
Adakah saya benar-benar mengambil kesempatan untuk memperoleh rahmat-Nya seperti yang telah Dia janjikan di dalam bulan Ramadan ini?
Adakah saya telah mengikut suruhan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam seperti yang telah diucapkan oleh baginda di dalam khutbahnya menjelang Ramadan?
Adakah saya telah cukup memohon keampunan dari Allah untuk segala dosa saya yang telah saya lakukan selama ini?
Sudahkan saya benar-benar merayu supaya dilimpahkan rahmat oleh-Nya?
Adakah rohani dan fizikal saya semakin bertambah baik?
Adakah diri saya telah bertambah baik dan menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat saya?
Adakah saya telah benar-benar menunjukkan kasih sayang saya kepada Allah?
Hmm..bagaimana dengan anda? Mari kita sama-sama menjadikan Ramadan ini Ramadan yang terbaik pernah kita lalui. Bersama kita mencari Night of Power dalam 10 malam terakhir.. Selamat berpuasa!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan