Judul buku : Bintang-bintang ke Syurga
Penulis : Xarine
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Harga : RM 19.00
Bilangan muka surat : 452
Dibaca pada : 8-9 September 2009
Dibaca pada : 8-9 September 2009
Beli di : Pinjam dari kawan (Maizaitun Akmar Nordin)
~~~~~~~~~~~~~~
Ini kisah Imran. Kisahnya yang akhirnya menemui cinta yang dicari.
Imran seorang lulusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia. Lahir dalam keluarga yang miskin harta tetapi kaya jiwa. Seorang yang 'simple' hidupnya tetapi bukan biasa-biasa. Berbakat besar dalam bidang penulisan. Pernah memenangi hadiah tempat pertama pertandingan menulis cerpen di universitinya dahulu. Sejak itu Imran yang selekeh ini dikenali ramai dan tidak kurang juga ramai gadis universiti yang tergila-gilakannya. Tambah lagi, dia seorang yang Islamik dalam kehidupannya. Dia mampu menegur orang lain dengan hikmahnya tersendiri.
Namun dia setia hanya pada yang satu. Saat itu, Aisyah adalah segala-galanya. Tetapi cintanya ini tidak pernah membuatkan dia leka dalam pelajaran dan mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada perkara lain.
Namun begitu, jodoh tidak memihak kepada mereka. Aisyah terpaksa menerima pinangan orang lain lantaran kesibukan Imran sewaktu tahun akhir pengajian yang menghalang komunikasi antara mereka. Meskipun kecewa dan menyebabkan dia menganggur dua bulan daripada memohon mana-mana kerja tetapi akhirnya dia redha dan menerima itu yang terbaik buat Aisyah dan dirinya.
Selepas lama menganggur, Imran bersetuju mengikut ayahnya bekerja di Perak. Walaupun kerjanya kasar tetapi asalkan dia bekerja dan mempunyai duit untuk mencari pekerjaan lain itu sudah cukup baginya. Berlaku beberapa peristiwa semasa dia bekerja di sana.
Sikapnya yang mudah menolong orang lain di dalam kesusahan mengundang bahana kepada diri sendiri. Tapi tidak mengapa asalkan orang yang dibantu itu terlepas dari kesusahan. Dia juga terjumpa semula rakan sekampus dahulu meskipun tidak pernah mengenali rapat. Ratu kampus, siapa yang tidak kenal dengan Suzila. Aha, kisahnya dengan Suzila menjadi plot penting pula selepas itu sehingga tamat novel ini.
Saya tidak mahu membuat resensi penuh cerita ini. Terpulang kepada anda untuk membacanya :) Novel ini ditulis oleh seorang lelaki. Sememangnya penulis lelaki mempunyai cara yang berbeza dalam menulis karya mereka.
Kadang kala saya 'terpaksa skip' muka surat yang mempunyai monolog atau penerangan yang terlalu meleret-leret. Mungkin saya tidak begitu tekun untuk membacanya ;)
Jom baca buku!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan