Judul buku : Siri Pendidikan Autisme : Kaedah Bercerita
Penulis : Salmiah Bujang, Hasnah Toran dan Suziyani Mohamed
Penerbit : UKM
Terbitan : 2014
Harga : RM20
Kaedah Bercerita atau Social Stories dipelopori oleh Carol Gray pada tahun 1991 di Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu bentuk pengajaran untuk anak-anak Autisme (m/s 17). Pembaca diberi panduan langkah demi langkah penyediaan cerita termasuklah diberi beberapa contoh buku cerita yang boleh digunapakai.
Terdapat juga laman web yang dicadangkan bagi membina cerita secara percuma dan berbayar. Antara laman yang dicadangkan ialah www.boardmarkershare.com , www.sandbox-learning.com dan www.livingwellwithautism.com.
Semoga ilmu berkenaan anak-anak ini lebih berkembang bagi sama-sama membantu ibu bapa dan mereka yang berkenaan dalam mendidik anak Autisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan