Mmm...sedapnya coklat fondu!
Agak teruja semasa dan selepas membaca novel remaja ini. Saya memang mengikuti blog Pn Mazny dan tidak sangka tulisan kali ini ialah hasil bersama anaknya.
Wow, Coklat Fondu Mia! mengisahkan geng 6 Zuhal yang ingin mengumpul dana bagi merealisasikan hasrat mereka membuat rombongan kelas ke Melaka hujung tahun nanti. Mereka akan menyertai jualan hari Sukan yang bakal diadakan.
Mia dan Geng The 4 On berusaha keras memikirkan idea terbaik dan Mia mencadangkan supaya mereka menjual coklat fondu. Idea tercetus dek kelazatan coklat fondu yang Mia rasai bersama sepupunya sebelum ini di Shah Alam.
Untungnya Mia, ibu saudaranya sangat bermurah hati membelikan barang membuat coklat fondu dan memberi sedikit sebanyak panduan merancang kewangan untuk berniaga.
Ada satu perkara lagi. Mia dan Penolong Ketua Pengawas (Shasha) adalah musuh ketat. Ditambah lagi dengan kejadian tertumpahnya kuah mee kri ke atas rambut Shasha membuatkan api dendam membara. Shasha dan rakan-rakannya pula digelar MES (Miss Everything Perfect).
Satu demi satu cabaran dihadapi. Sehingga sampai ke satu tahap, Mia berasa kecewa, putus asa dan menjadi pemarah. Ya, berniaga pastilah mempunyai pesaing, cabaran dan halangan tertentu yang sebenarnya menguji kita untuk lebih kreatif, bijak mencari penyelesaian dan sentiasa positif.
Adakah Mia dan Shasha tetap bermusuhan sehingga ke akhirnya? Berjayakah mereka menganjurkan lawatan ke Melaka?
Oh ya, di setiap bab, ada info mengenai adab jual beli Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam.
Di ruangan lampiran, ada resipi tersedia untuk pembaca. Nyum..nyum...sedapnya.. bilalah mahu cuba ya? ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan