Buku ini adalah terjemahan oleh ITNM. Judul asal bertajuk Air Mata Ibu. Saya pinjam buku ini daripada adik ipar. Lihat reviunya macam menarik :)
Ia mengisahkan liku-liku kehidupan sebuah keluarga Cina. Satu-satunya keluarga Cina yang tinggal di kampung itu yang majoritinya berketurunan Melayu. Mereka merupakan pendatang dari Negara China yang dibawa masuk ketika zaman pemerintahan penjajah. Bermulalah episod survival keluarga ini di negara ini.
Mereka membuka sebuah kedai runcit dan begitu sabar melayani kerenah anak-anak muda yang nakal yang selalu mencuri dan mengganggu perjalanan kedai. Watak utama yang menceritakan kisah ini ialah anak bongsu mereka, Sui Yin.
Namun fokus cerita ialah kepada si ibu. Hidupnya
penuh dengan kesedihan.. Malang sekali anak-anak lelaki yang memeluk Islam
tidak menunjukkan keindahan Islam yang sebenar. Sama ada tidak memahami
secara keseluruhan atau.. entahlah. Si ibu berendam air mata pada
sebahagian besar hidupnya menangisi anak-anak yang dianggap tidak
menyayanginya.
Selepas bapa mereka meninggal dunia, si ibu tinggal bersama anak bongsu. Disebabkan tekanan mendengar keluhan dan ratapan si ibu yang sentiasa menangisi anak-anak kesayangannya, Sui Yin menghadapi masalah tekanan jiwa dan perasaan sehingga dikatakan orang sebagai 'dirasuk hantu'. Hakikatnya Sui Yin tertekan dengan apa yang menimpa ibunya. Setiap kali menyambut tahun Baru Cina, ibunya akan menangis sepanjang malam.
Cerita ini tergantung. Akhir sekali ibunya berada di China tinggal bersama 2 anak perempuan yang ditinggalkan di sana ketika kecil dahulu. Saya tidak tahu sama ada Sui Yin membawa pulang ibunya atau pun tidak. Ibunya sudah kritikal dengan penyakit yang dialami. Dikatakan ini kisah benar.. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan