Pada pagi hari Rabu, 10 Julai 2009 saya mendengar radio berita seperti biasa. Dan berita kematian Natrah memeranjatkan saya. Sepantas kilat saya teringatkan kisah tragisnya yang berlaku apabila dia dibawa (dipaksa sebenarnya) pulang ke Belanda bersama keluarga. Peristiwa 'memurtadkan' semula Natrah pasti tidak akan dilupakan oleh masyarakat Melayu Islam yang begitu sensitif apabila isu agama Islam dimainkan. Mungkin ada pembaca di luar sana yang kurang atau tidak mengetahui mengenai kes Natrah. Anda boleh melayari internet mencari maklumat berkaitan beliau. Juga boleh dapatkan buku Atas Nama Cinta yang ditulis oleh Isa Kamari.
Anda boleh lihat beritanya di sini
Tepuk dada, tanya iman..
Namun yang sedihnya, isu murtad sekarang seolah-olah bukan lagi perkara besar. Tidak menjadi satu perkara yang sensitif yang patut diambil berat oleh sebahagian besar daripada kita....
Tepuk dada, tanya iman..
sdh beli, tp blm bca.. hu2.. ign sgt thu sejarahnya. inshaAllah..
BalasPadam