Ahad, 31 Ogos 2014
Buku 47 : Bahagia dan Membahagiakan oleh Prof Dr Muhaya Hj Mohamad
Bismillahirrahmanirrahim.
Orang yang 'stress' sebenarnya pergantungan kepada Allah tidak kuat.
Oh! Ayat ini membuatkan saya tersentak @_@ hee..
Penulis menekankan kepentingan bersikap positif, berfikiran positif, banyak membantu orang lain, banyak memberi dan memaafkan sebagai elemen bahagia dan membahagiakan.
Sebagai contoh, orang yang panas baran selalunya orang yang tidak gembira dengan diri sendiri. Cara berhadapan dengan orang yang panas baran ini ialah dengan menganggap dia sebagai pesakit dan kita sebagai doktor. Perbetulkan diri kita dahulu, berasa belas dengannya dan cuba berkomunikasi dengan baik.
Manakala bagi orang yang pemarah pula ialah orang yang takut akan dua perkara iaitu takut kehilangan dan takut tidak dihormati. Ini berpunca daripada kebergantungannya kepada manusia dan bukan kepada Allah.
Bagaimana cara mewujudkan rasa takut kepada Allah? Pertama, ambillah masa berfikir dan merenung kekuasaan Allah, mendalami agama seperti ilmu tafsir al-Quran dan hadis dan banyak membaca, menghadiri kuliah-kuliah agama dan bermuhasabah.
Selain itu, setiap hari selepas bangun dari tidur ucapkan dan doa yang baik-baik sebelum memulakan hari. Misalnya :
"Saya ingin lebih beriman, bertaqwa, bersyukur, berkasih sayang dan memberi yang terbaik. Saya beriman dan yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah terhadap kehidupan saya."
Formula murah hati berasaskan kepada lima aspek ini :
1. Fizikal ; membantu orang lain hatta mengangkat barang.
2. Penuh kasih sayang
3. Kerohanian (pegangan agama) ; amar ma'ruf nahi mungkar
4. Kewangan ; membantu orang atau bersedekah
5. Ilmu ; menyebarkan ilmu
Semoga mendapat keredaan-Nya. Barakallahufik. :)
Sabtu, 30 Ogos 2014
Buku 46 : Now You Are A Mother oleh Du'aa' Ra'oof Shaheen
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah selesai membaca buku ini selama beberapa hari. Buku ini saya beli setahun yang lepas ketika menghadiri sebuah konvensyen keibubapaan di Perbadanan Putrajaya. Kenangan waktu itu kerana pertama kali menghadiri program yang disediakan tempat penjagaan kanak-kanak selama ibu bapa mengikuti seminar. Dan paling menarik, saya terjumpa semula rakan serumah ketika belajar di UtEM selepas 9 tahun saya meninggalkan kampus tersebut. Subhanallah, gembira tidak terkata. Dia pula baru sahaja berkahwin dan suaminya juga orang Melaka :)
Tertarik dengan kulit hadapan buku dan ketika itu saya berniat untuk membaca buku ini apabila mengandung seterusnya. ;p waktu itu anak sulung berusia 2 tahun 8 bulan dan anak kedua berusia 8 bulan. Namun, ketika berpantang anak ketiga ini baru saya berpeluang membaca buku ini.
Alhamdulillah, sesuai dengan tajuknya. Saya rasa penulis berjaya menulis hampir kesemua perkara asas yang patut diketahui oleh seseorang ibu terutama yang pertama kali menimang cahaya mata. Memang sangat membantu dalam membuat persediaan mental dan emosi selain memperlengkapkan pengetahuan ibu bapa mengenai persediaan kelahiran, tip penjagaan semasa mengandung, melahirkan, mengetahui perkembangan anak serta tip asas menangani masalah ketika anak sakit.
Ilustrasi setiap muka surat juga cantik dan memberi aura positif ketika membaca buku ini. Cuma pembahagian bab dalam buku ini tidak begitu nampak menyebabkan secara tidak sedar menjadikan saya "tidak" boleh berhenti membaca. Haha, psikologi sahaja kan ;)
Sangat disyorkan untuk semua ibu membacanya!
Sumber gambar : klik sini |

Jumaat, 29 Ogos 2014
Buku 45 : Travelog Minda Tajdid : Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat oleh Dr MAZA
Bismillahirrahmanirrahim.
Satu pandangan yang kritis dengan hujah dari al-Quran dan hadis. Setiap isu yang dikupas dijelaskan dengan baik tanpa ada unsur politik mahupun kritikan kepada mana-mana pihak. Idea bernas dan mencakupi segenap aspek mengikut disiplin ilmu.
* Himpunan artikel ini ditulis semasa penulis mengambil cuti sabatikal di Lampeter, UK.

Khamis, 28 Ogos 2014
Buku 44 : Kupilih Redha-Mu oleh Ruhana Zaki
Bismillahirrahmanirrahim. Pada mulanya saya tidak mengetahui konsep buku ini kerana tidak membaca sinopsisnya :) Maklumlah, orang beri hadiah, terlebih gembira pula saya ;) Awalnya, saya menjangka ianya sebuah travelog namun helai demi helai yang dibaca menafikan tanggapan awal saya tadi. Penulis berkongsi kisah motivasi islamik yang merangkumi peranan kita semua dalam sebuah kehidupan. Sebagai seorang suami, isteri, ibu bapa, anak, pelajar dan tidak lupa sebagai hamba Allah. Dalam kata lain, boleh saya katakan tazkirah ringkas. Semasa membacanya seolah-olah saya rasakan seperti berbual-bual dengan penulis. Isu yang dilontarkan memang sering berlegar dalam masyarakat namun pendekatan jawapan yang diberi menepati objektif dan mesej yang ditujukan itu kena pada tempatnya. Terima kasih ustazah. Banyak ilmu berharga dapat saya kutip dari buku setebal 340 muka surat ini. Terkesan dengan bab-bab di dalam bahagian Melakar Keluarga Sakinah dan Cemerlang Dunia Gemilang Akhirat. Dalam Melakar Keluarga Sakinah, pelbagai aspek dan sisi dalam keluarga disentuh seperti faktor sekufu, suami sepenuh masa, saling hormat-menghormati dan perihal doa ("Abang Doa Apa Untuk Saya?"). Cemerlang Dunia Gemilang Akhirat adalah berkenaan pelajar.Jangan rasa menyesal andai tidak dapat enjoy ketika zaman belajar. Bukankah elok menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Tertunai tanggungjawab dan amanah kita sebagai pelajar dan anak. Mendapat pahala lagi atas kesungguhan belajar. |
Jumaat, 22 Ogos 2014
Buku 43 : Dalam Dekapan Ukhuwah oleh Salim A. Fillah
Bismillahirrahmanirrahim. Naskah indah. Padat dengan kisah sirah Nabi dan para sahabat, motivasi diri, ilmu semasa daripada tokoh-tokoh seperti Dale Carnegie dan Stephen Covey (sekadar menyebut beberapa nama) dan untaian puisi. Masya Allah. Saya tidak pandai mengulas karya ini. Ini karya ketiga beliau yang saya baca selepas jatuh hati dengan garapan dan mesej yang disampaikan melalui buku Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim(dan hingga kini masih diulang baca) dan Agar Bidadari Cemburu Padamu (tetapi saya membaca edisi terjemahan terbitan PTS dengan tajuk Biar Bidadari Mencemburui Dirimu). Intinya ukhwah namun mesejnya melangkaui pengetahuan seluas alam. Tertarik dengan simbolik gambar di kulit hadapan buku. Gambar bakul berisi buah yang digambarkan beberapa orang berpegangan tangan. Apa kaitan antara orang dengan buah? Jika ingin mendapat sahabat yang baik, jadilah kita sendiri sahabat yang baik terlebih dahulu. Semoga Allah memberkati. |
Selasa, 19 Ogos 2014
Hilang
Bismillah.
Petang ini lihat blog. Gambar di blog ini kebanyakannya hilang. Oh?!
.
.
.
.
Malas nak fikir. Baca buku lebih baik @_@
Wassalam.
Petang ini lihat blog. Gambar di blog ini kebanyakannya hilang. Oh?!
.
.
.
.
Malas nak fikir. Baca buku lebih baik @_@
Wassalam.
Buku 42 : Suami Bukan Malaikat Isteri Bukan Bidadari oleh Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin
Bismillahirrahmanirrahim.
Keputusan untuk berkahwin merupakan keputusan besar yang perlu dibuat dalam hidup ini.
Bagaimana membina rumah tangga yang bahagia? Siapakah calon pasangan kita, sempurnakah dia, cukupkah kewangan, bersediakah memikul tanggungjawab, mampukah menangani dugaan berumahtangga? Senarainya terlalu banyak untuk difikirkan.
Patutlah ketika menerima ucapan tahniah sempena perkahwinan, pesanan popular ialah "Banyakkan bersabar..".
Berkahwin memang seronok, indah namun ianya disertai dengan tanggungjawab. Bertanggungjawab ke atas isteri, rumah, anak-anak, menjaga hubungan dengan ibu bapa dan mertua, ipar-duai dan segalanya.
Namun, tidaklah sampai menghalang orang yang hendak berkahwin. Jangan takut. Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya sebaliknya kitalah yang menzalimi diri sendiri. Takut tiada duit? Kahwinlah. Allah akan berikan rezeki. Jika mahu tunggu segalanya sempurna, sampai ke tualah kita tidak akan berkahwin ;)
Penulis menyentuh segala serba-serbi pra dan pasca perkahwinan dengan baik sekali. Masya Allah. Ia menjadikan saya mengenang kembali saat sebelum nikah dan asam garam yang dilalui selepas pernikahan itu. Kini, usia perkahwinan yang menginjak ke lima tahun masih lagi belum sempurna. Namun ia semakin mematangkan kami menghadapi cabaran rumahtangga.
Benar. Bercinta sebelum nikah banyak "ditampali" dengan penyamaran, sebab itu disyariatkan bernikah kerana banyak hikmah di situ.
Situasi-situasi yang dikongsi oleh penulis banyak memberi pengajaran dan memberi ruang berfikir kepada para pembaca. Sungguh, penulis bijak mengadun kata dalam memberi nasihat, teguran dan motivasi. Semoga Allah memberkati.

Isnin, 18 Ogos 2014
Buku 41 : Cukupkah Wang Anda? oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Bacaan yang tertangguh sejak Julai. Alhamdulillah dapat selesaikan hari ini. Hajah Rohani tidak perlu diperkenalkan lagi kepakarannya di dalam bidang kewangan.
Apa jua ilmu yang kita dapat perlu dipraktikkan sebenarnya. Jika hanya sekadar menjadi catatan, ilmu itu pun tidak berkembang dan memberi manfaat kepada kita. Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya ini. Hihi.
Sebahagian tip beliau memang telah dipraktikkan namun ada juga kami terbabas. Haha.. Oh, melalut pula saya. Kembali kepada buku ini.
Ketika membaca buku ini, saya rasa seperti pernah membaca beberapa artikel yang ditulis. Hmm..mungkin saya pernah membacanya di mana-mana.
"Gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apa itu 'formula kekayaan.'
Apa yang penting ialah ISTIQAMAH. Terutama dalam menyimpan dan mengawal nafsu berbelanja. Dalam pengurusan kewangan peribadi, tiga perkara yang perlu diberi perhatian ialah tabung kecemasan (simpanan sekurang-kurangnya menyamai jumlah enam bulan perbelanjaan yang telah ditabungkan), perlindungan dan pelaburan. Antara perkara pertama perlu diberi perhatian ialah pemberian ikhlas kepada ibu bapa jangan diabaikan setiap bulan :)
Penulis menyebut mengenai Minda Kemewahan :
1. Fikirkan pengurusan kewangan peribadi sebagai sebuah bisnes kecil.
Kemasukan bisnes = Pendapatan yang diterima
Pengeluaran bisnes = Perbelanjaan anda
Untung bisnes = Pendapatan - Perbelanjaan (Wang tunai bersih)
Manakala lebihan wang tunai dilaburkan.
2. Setiap ringgit ada nilainya.
Tidak dilupakan perancangan kewangan ukhrawi seperti yang disebut penulis dalam 'Kubah Kehidupan' :
1. Infak - khusus untuk mendapat keredaan Allah
2. Sedekah - pemberian sukarela
3. Lambaian Kaabah - Haji
4. Zakat
5. Wang keluar mandatori - 20% dibahagikan untuk takaful, amanah saham dan simpanan tabung haji.
3 jenis perbelanjaan
Saya suka bahagian ini. Cepat-cepat saya ambil kertas dan pen dan lakarkan seperti yang ditulis oleh penulis ^_^
* Tip untuk isteri menjimatkan belanja dapur : sediakan menu mingguan (muka surat 131).
Langkah pencegahan muflis :
- Hutang bayar tepat tempoh.
- Fail khas.
- Tidak ambil hutang peribadi.
- Bayar penuh kad kredit tiap bulan.
- Tidak jadi penjamin.
- Jelaskan pinjaman pelajaran.
- Tak beri kad pengenalan pada orang lain.
- Dapatkan khidmat AKPK.
Wallahualam.
Buku 40 : Tuntutan Praktis dan Padat Bagi Ibu Hamil dari A sampai Z
Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir Syaaban lalu, mengikut suami ke kedai buku agama kegemarannya di Jalan Bunga Raya (Melaka). Secara tidak sengaja terjumpa buku comel ini di celah deretan buku yang banyak dipamerkan di rak. Waktu itu sedang meneliti tajuk yang sesuai bagi dihadiahkan kepada rakan sekerja yang akan bersara tidak lama lagi.
Bukunya didatangkan dalam kotak. Disebabkan berbalut plastik, saya tidak dapat melihat isinya. Baca sinopsis - himpunan beberapa buah buku yang disusun menjadi sebuah kit panduan bagi ibu hamil. Agak menarik minat :) Saya ambil keputusan untuk membelinya.
Namun sebulan setengah yang terakhir (sebelum bersalin) ini saya tidak sempat menghabiskan bacaan. Lantaran Ramadan menjengah, aktiviti membaca dikurangkan dan banyak bertumpu kepada bulan puasa. Tambahan lagi diuji dengan kesihatan yang tidak menentu pada trimester akhir menyebabkan minat membaca 'diam' seketika.
Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dimulai dengan :
Bab 1 - Maklumat semasa kehamilan, sebelum melahirkan
Bab 2 - Maklumat setelah melahirkan
Bab 3 - Tanya jawab seputar hamil dan kelahiran
Bab 4 - Zikir yang dianjurkan bagi wanita hamil dan melahirkan
Bab 5 - Nama-nama indah untuk anak anda
"Betapa banyak pasangan yang belum dikurniakan anak, Allah telah bukakan banyak pintu kebaikan bagi anda melalui kehadiran seorang anak.
Maka bersyukurlah!" T_T
>>Firm reminder for myself <<
Buku ini kompilasi karya Salman b. Zhafir b. Abdillah asy-Syahrawi, Abu Malik Kamal b. Sayyid Salim, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Bakr 'Abdullah Abu Zaid, Salim bin "I'd al-Hilali dan lain-lain.
Energi terbesar seorang ibu ialah bersumberkan doa dan tawakal kepada Allah. Ambil nutrisi yang halal, ikhlas berdoa dan memberi perhatian kepada bayi yang dikandung atau sudah melahirkan. Banyak doa untuk anak yang disebut dalam al-Quran. Amalkan.
Jika tertimpa sesuatu musibah ucapkanlah Qadarallahu wa masha a (Allah sudah takdirkannya dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi).
Baginda Sollallahu Alaihi wasallam apabila melihat sesuatu yang menyenangkan akan mengucapkan "alhamdulillahillazi bini'matihi" (segala puji bagi Allah dan dengan kenikmatannya sempurnalah kebaikan-kebaikan) dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai akan mengucapkan " alhamdulillahi 'ala kulli hal." (Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan).
Ingatan untuk saya ; keutamaan memilih nama untuk anak :
1. Abdullah dan Abdurrahman (berdasarkan hadis).
2. Nama-nama yang diawali dengan Abdu..ambil nama Allah dalam asmaul husna.
3. Nama-nama nabi dan rasul.
4. Nama orang soleh seperti nama sahabat.
5. Nama yang mempunyai makna yang baik.
Nama yang diharamkan :
1. Nama yang bermula dengan Abdu tapi dihubungkan selain dari Allah.
2. Nama khusus Allah seperti Khaliq.
3. Nama orang kafir seperti George dll.
4. Nama berhala.
5. Nama asing.
6. Nama yang memuji diri sendiri dan mendatangkan kesombongan.
7. Nama syaitan.
Wallahualam.
Ahad, 17 Ogos 2014
Buku 39 : 33 Pesan Nabi Vol 3 Jaga Sikap, Raih Kebaikan oleh vbi_djenggotten
Bismillahirrahmanirrahim.
Masih dalam tempoh berpantang. Namun dengan waktu tidur dan waktu berjaga yang tidak menentu, membuatkan saya mencapai buku untuk dibaca. Sungguhpun tidak digalakkan. .huhu. .
Bacaan ringan saya kira. Tapi...tamat kisah pertama sudah bergenang air mata.
Kisah mengenai seorang ayah yang bertanggungjawab. Menjaga kebajikan anaknya dan keluarga, menjaga keberkatan rezeki yang dicari dan menjadi bapa yang penyayang.
Mengambil hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda :
"Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang pemimpin adalah pemimpin ke atas keluarganya dan dia bertanggungjawab atas mereka semuanya, seorang wanita juga memimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut.
Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepimpinannya."
(Hadis riwayat Muslim)
Ada lucu, ada sindiran halus dan ada karikatur yang mengajak kita berfikir sedalam-dalamnya.
Terkesan dengan watak hero yang sanggup melupakan heroin yang disukai gara-gara "buang sampah merata-rata". Dahsyat! ^_^
Karya yang baik. Recommended! :)
Sumber gambar: Web Humaira Bookstore |