Aish. . Sudah dua kali tamatkan bacaan dua novel Impiana pada waktu tengah malam. Seram pula rasanya. Err. .. ulasannya menyusul kemudian.. :) +++ Bismillahirrahmanirrahim. Buku ini adalah siri kedua dalam siri Impiana (Saya baca versi edisi kemas kini). Penulis bijak mengadun cerita. Jika terlepas membaca siri 1 masih dapat mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ini. Kali ini watak Amir, abang kepada Ina (sahabat baik Farah) banyak mendominasi tempat. Tanpa disangka, Fasha pulang dari London bertemu semua rakan The Wannabes dan beberapa rakan rapat. Pertemuan semula di rumah Fasha rupanya ingin membincangkan mengenai dendam Mimi Monira Badak Air yang telah mengena 5 orang daripada mereka. Kali ini Pai'e pula tertunai impiannya menjadi lebih popular daripada Mawi. Apa yang paling mengejutkan sebenarnya Fasha telah berubah imej dengan menutup aurat :) Siapa sangka ya, ketua The Wannabes yang sombong dan berlagak itu sudah berubah. Hmm..demi menyelamatkan Fahrin daripada ditahan sebagai pesakit mental selama - lamanya dan menahan Pai'e lebih popular dari Mawi, Fasha mendaftar dua impian dengan Syarikat Impiana. Kali ini Amir rela membantu. Dalam diam, Amir ialah seorang pegawai perisikan yang telah lama menyiasat operasi Syarikat Impiana. Nama pun bersiri. ...saspens belum berakhir lagi. Huwaa... Moralnya kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang tidak kira rupa paras, pangkat dan kejayaan. Doa orang yang di zaimi makbul. Namun dendam yang di simpan sebenarnya lebih memakan diri. Cukuplah kita bersyukur dengan apa yang ada kerana bersikap berlebih-lebihan boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Wallahualam. |
Selasa, 27 Mei 2014
Buku 21 : Impiana 2 oleh Ain Maisarah
Ahad, 4 Mei 2014
Buku 20 : Dengarlah Ini, Sayang oleh Meriam Awang Lah
Buku ini saya pinjam dari PSS sekolah. Buku sumbangan daripada kementerian yang diterima untuk program MBMMBI. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Koleksi puisi yang sering dilagukan oleh ibu-ibu di Kelantan ketika mengasuh anak. Satu usaha yang baik kerana hampir 80% puisi ini tidak pernah saya ketahui. Apabila ditanya kepada rakan dari Kelantan pun, mereka turut tidak mengetahui kesemua lagu puisi ini :)
Agak-agaknya Melaka ada jugakah puisinya yang tersendiri? Hmm..boleh buat kajian ini :)
Jumaat, 2 Mei 2014
Buku 19 : Begini, Sayang! oleh Mohd Hisham
Melahirkan anak memang sakit tetapi menjaga dan mendidik anak lebih-lebih lagi menuntut pengorbanan.
Satu perkongsian yang sangat baik dari pasangan ini bersama khalayak pembaca. Buku ini mengisahkan cara pasangan ini menerapkan asas keimanan dan tauhid dalam diri anak sulung mereka, Humaira'. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Diari Bapa dan Diari Ibu.
Saya teringat akan seorang rakan yang selalu mengadu mengenai perihal anaknya yang kerap bertanya soalan yang memcabar minda seperti Humaira' ini :)
Saya setuju dengan pasangan ini dalam mendidik anak mencintai al - Quran dan sirah Nabi, wajarlah kita menerapkan nilai tauhid dan memberikan fakta yang sebenar dan menyampaikan mengikut tahap pemikiran mereka.
Ibu bapa perlu kreatif dalam menyampaikan maklumat serta lembut dan tegas apabila menyatakan sesuatu kebenaran. Misalnya mengapa kita perlu bersolat dan berpuasa, mengapa orang perempuan perlu menutup aurat, mengapa kita digalakkan banyak bersedekah dan membantu orang lain.
Persoalan yang lebih tinggi daripada anak seperti di mana Allah dan mengapa kita tidak boleh melihat Allah, perlulah dijawab dengan berhati-hati supaya jawapan itu dapat disampaikan dengan baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari.
Peringatan yang berulang disulami kaedah penceritaan yang diguna oleh pasangan ini dilihat medium terbaik menarik minat anak mendalami sesuatu ilmu :)
Namun bukan sehari dua kita dapat mentarbiah anak. Ia memerlukan satu jangka masa yang panjang sehingga kesedaran beragama itu benar-benar meresap di dalam diri mereka. Alangkan kita yang dewasa ini kerap kali melakukan kesalahan apatah lagi anak kecil. Maka, marah bukan solusi dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi pendekatan psikologi dan kesabaran dituntut dalam soal ini.
Pesan penulis, berdoalah secara spesifik untuk anak. Bukankah doa ibu itu mustajab?
Wallahualam.