Assalamualaikum warahmatullah :)
Awal bulan ini saya berkesempatan ke majlis ilmu di Sek Men Sri Ahmadiah, Melaka yang menjemput Ust Dr Hj Zahazan Mohamed bagi menyampaikan ceramah Generasi Mahmudah. Antara isi kandungan ceramahnya ialah beliau membawakan kisah-kisah para sahabat yang hebat-hebat lagi mantap imannya. Saidina Ali dengan keberaniannya, Saidina Umar dengan karamahnya, juga diselitkan kisah alim ulama Melaka pada satu masa dahulu, Tuan Hj Abdul Wahid (pengasas Mdrasah An-Nuriah, Sg Udang jika saya tidak silap). Masya Allah kagum dengan kepetahan Dr berucap. Tazkirahnya tersusun bagai rantaian antara satu isi ke isi yang lain.
Satu soalan menarik yang saya baru ketahui jawapannya pada malam itu ialah "Mengapa Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam menyuruh Saidina Ali tidur di katil menggantikannya?" Ada pelajar menjawab "Untuk mengelirukan musuh". Itulah juga jawapan yang saya ketahui. Namun rupanya ada sebab yang lebih besar daripada itu. Kata Dr Zahazan, sungguh pun Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam dicerca, diejek oleh kaum musyrikin sebagai orang gila, kahin, dan sebagainya tetapi mereka tidak dapat menafikan bahawa Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling amanah. Sebab itu baginda solallahu 'alaihi wasallam digelah Muhammad al-Amin. Maka, orang musyrikin Mekah ini banyak menyimpan barang berharga di rumah baginda. Zaman dahulu belum ada bank maka apabila baginda berhijrah baginda memerlukan seseorang yang berani untuk memulangkan semula harta-harta tersebut. Dan pemilihan Saidina Ali memang tepat kerana diketahui umum beliau merupakan seorang yang sangat berani. Masya Allah.
Sebelum tazkirahnya berakhir, Dr menyebut akan kepentingan ilmu dan membaca. Pengalamannya ke bumi Jerman mengagumkan khalayak pendengar. Katanya di dalam tren pun kita tidak akan lihat orang duduk sahaja tanpa membaca buku. Pernah satu ketika beliau duduk di hadapan seorang lelaki yang sedang membaca sedangkan dirinya tidak (buku dan begnya berada di atas) lalu lelaki Jerman tersebut mengambil sesuatu dari beg dan menghulurkan sebuah majalah untuk dibaca oleh beliau.
Sudah tentu beliau tidak memahaminya kerana ia ditulis dalam bahasa Jerman. Namun ingin dinyatakan bahawa kuatnya orang Jerman membaca sehinggakan sebuah buku yang diterbitkan di sana boleh dijual jutaan naskah. Kedai-kedai buku di sana 4x lebih besar dari bangunan sekolah yang ada di sini. Kinokuniya, MPH mahupun Popular di sini tidak mampu menandingi keluasan kedai buku tersebut. Masya Allah.
Beliau seorang yang suka membaca. Dalam sebulan beliau akan membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku atau kitab. Dalam seminggu beliau cuba membaca dalam lingkungan 12 buah buku. Subhanallah! Katanya kita sebenarnya kadng-kadang sudah mempunyai asas bacaan atau pengetahuan akan apa yang kita baca oleh itu kadang kala sesebuah buku tidak perlu dibaca dari kulit ke kulit.
Sesungguhnya banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip malam itu. Berbaloi perjalanan melebihi satu jam untuk menghadiri majlis ilmu seumpama ini. Wallahualam.
Selasa, 24 April 2012
Selasa, 3 April 2012
Siri Komik Sains ITNM
Yeay! Buku baru sampai ke perpustakaan sekolah semalam. Satu kotak buku dari ITNM. Walaupun saya bukan guru perpustakaan tetapi sangat teruja dengan ketibaan buku baru. Hee.. Maklumlah sudah lama tidak membeli buku. Perlu tunggu PBAKL 2012 nanti.
Antara yang saya baca semalam ialah Siri Komik ini. Rantaian Makanan. Bagus juga. Ada lagi satu sumber P&P Sains untuk murid-murid. Menarik. Banyak fakta yang baru saya tahu. Siri Komik Sains ITNM ada 14 buah.
FAKTA MENARIK :
A. Haiwan terbesar yang dipercayai wujud di dunia bernama Argentinasaurus berukuran 123 kaki tinggi dan berat lebih 100 tan. Ia makan tumbuhan yang banyak termasuk pokok malar hijau! (m/s 9)
B. Jangan tidak disangka, kumbang kura-kura yang kecil itu ialah haiwan karnivor! Ia makan afid, serangga dan tungau. (m/s 11)
C. Keadaan mulut haiwan menentukan cara makannya. Kebanyakan ikan paus ada gigi yang kuat untuk makan ikan besar dan anjing laut tetapi ikan paus biru tidak mempunyai gigi.
D. Sesetengah haiwan hanya makan sejenis makanan sahaja. Contohnya koala yang makan daun pokok kayu putih. Jika pupus pokok ini, koala akan mati kerana tiada alternatif makanan lain.
* Sumber gambar buku : ITNM
* Sumber gambar koala : acuteaday.com