Isnin, 31 Oktober 2011

Ahad, 2 Oktober 2011

Chronicle 301 : Semester Baru

Kisah penghuni bilik 301 di UNITI. Empat remaja perempuan yang berbeza latar belakang dan karakter. Ditulis berasingan oleh empat orang penulis. Tidak nampak sangat cerita ini ditulis berbeza penulis. Walaupun kadang-kadang ada bahagian yang menjemukan tetapi secara keseluruhannya masih baik lagi.

Saya terfikir, mereka semua sangat baik sehingga masing-masing dibuli oleh rakan sekumpulan. Hmm... yalah, saya juga pernah ada pengalaman sebegitu di kampus dahulu. Saya juga tidak sampai hati hendak menggugurkan namanya ketika menghantar tugasan. Entahlah, saya harap dia berubah lebih baiklah selepas semester tersebut. Yang pasti saya tidak lagi sekumpulan dengannya selepas itu.